Tumpang Cargo

Cara guna Tumpang Cargo

Dari tempahan hingga barang sampai, dalam tujuh langkah.

1

Pilih tempat, tarikh dan kelajuan

Isikan alamat naik dan turun barang, pilih tarikh dan kelajuan. Harga terus dipaparkan, tiada caj tersembunyi.

2

Sediakan barang

Barang disusun atas pallet dan dibalut kemas atau dibungkus dalam crate. Pallet standard bersaiz 110 cm (lebar) × 120 cm (panjang), dan tingginya tidak melebihi 7 kaki. Ambil dua gambar: satu dari depan, satu dari sisi.

3

Isi butiran

Tentukan bilangan pallet, berat dan penerangan barang serta nama dan nombor telefon yang boleh dihubungi di lokasi naik dan turun barang.

4

Semak dan hantar

Semak semua butiran dan tekan Ubah jika ingin mengemaskini. Kemudian hantar tempahan dan anda akan terima email quote.

5

Bayar dan hantar resit

Bayaran melalui DuitNow QR atau pindahan bank, kemudian muat naik resit dan tunggu email pengesahan daripada Tumpang Cargo.

6

Lori ditugaskan

Maklumat lori yang ditugaskan akan dikongsikan melalui email. Pastikan PIC anda di lokasi boleh dihubungi.

Pallet dibalut wrap dinaikkan ke dalam lori box
Lori sampai, barang terus dinaikkan.
7

Status cargo

Progres naik dan turun barang dimaklumkan melalui email.

Penyediaan barang

Barang mesti di atas pallet atau dalam crate dan sedia dinaikkan ke lori.

Tiada forklift di lokasi?

Jika tiada forklift di lokasi naik barang, sila sediakan tenaga kerja untuk menyusun barang atas pallet dan menaikkannya ke dalam lori. Dan begitu juga di lokasi turun barang, sediakan tenaga kerja untuk memunggah barang turun dari lori.

Forklift menaikkan pallet ke dalam lori box
Ada forklift, naik barang lebih cepat.

Soalan lazim

Berapa harga penghantaran?

Harga ikut jarak lokasi, bilangan pallet dan kelajuan barang dihantar.

Kawasan liputan?

Johor ke atau dari Melaka, dan Johor ke atau dari Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur.

Berapa had barang setiap tempahan?

Maksimum 8 pallet dan 4000 kg setiap tempahan. Pallet bersaiz lebih besar daripada pallet standard akan dikira 2 pallet bagi memastikan ruangan yang cukup dalam lori. Untuk jumlah lebih besar, hantar soalan melalui borang di bawah.

Apa saiz pallet standard?

Pallet standard bersaiz 110 cm (lebar) × 120 cm (panjang). Pallet yang lebih besar dikira 2 pallet. Tinggi maksimum ialah 7 kaki untuk Box truck dan Side curtain. Hanya Open truck yang dicadangkan untuk barang melebihi 7 kaki (210 cm).

Bila saya boleh tempah dan bila waktu naik barang?

Tempahan diterima antara 8:00 pagi hingga 6:00 petang waktu Malaysia. Naik barang hanya pada hari Isnin hingga Jumaat.

Berapa lama barang sampai?

Dari tarikh naik barang: Paling laju dalam 2 hari bekerja, Biasa-biasa 3 hingga 5 hari bekerja, Mesra dompet 5 hingga 7 hari bekerja.

Bagaimana cara bayar?

Bayaran penuh melalui DuitNow QR atau pindahan bank. Selepas bayar, muat naik resit di halaman tempahan diterima. Pengesahan bayaran dibuat melalui email.

Bila lori ditugaskan?

Maklumat lori untuk tempahan anda akan dikongsikan melalui email termasuk nombor plat dan nama pemandu.

Bagaimana jika tiada lori pada tarikh saya?

Kami akan cadangkan tarikh baru melalui email. Jika anda tidak bersetuju, tempahan dibatalkan dengan bayaran balik penuh tanpa sebarang caj.

Bolehkah saya batalkan tempahan?

Boleh, dengan caj 10% daripada jumlah bayaran. Namun pembatalan tidak boleh dibuat selepas barang dinaikkan ke dalam lori.

Barang apa yang tidak boleh dihantar?

Barang larangan seperti rokok dan tembakau, haiwan hidup, bahan kimia berbahaya, senjata api, bahan mudah terbakar, wang tunai dan dokumen bernilai. Lihat poster barang larangan di borang tempahan.

Bagaimana jika barang hilang atau rosak?

Mengikut terma kami, barang hilang atau rosak semasa pengangkutan adalah tanggungjawab pengangkut yang ditugaskan. Anda dinasihatkan untuk mengambil insurans barangan dalam transit untuk melindungi barang yang dihantar. Baca terma penuh pada borang tempahan.

Boleh saya tempah semula dengan butiran yang sama?

Boleh. Selepas anda menempah, butiran disimpan pada peranti anda sahaja. Bila anda kembali, tekan Guna semula butiran dan hanya isi tarikh, waktu dan gambar barang.

Bagaimana data peribadi saya digunakan?

Nama, telefon dan email dikumpul hanya untuk memproses tempahan dan dikongsi dengan pengangkut yang ditugaskan, selaras PDPA 2010.

Soalan? Cadangan? Tempahan istimewa?

Tulis di bawah, kami balas melalui email.

Tumpang Cargo ialah platform yang menghubungkan customer dengan trucker. Kami bantu customer berjimat, kurangkan kesesakan lebuh raya, dan pastikan belanja minyak dan tol lori digunakan sepenuhnya, tidak terbuang begitu sahaja.